En.Mohd.Halim bin Ahmad adalah seorang Pembantu Makmal dan kini bertugas di Makmal
Biologi.Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada pertengahan tahun 2011.
Ini adalah En.ZainilAbidin Bin Abd.Wahab Pembantu Makmal C22 yang paling lama bertugas di sekolah ini. Beliau telah menjadi Pembantu Makmal lebih dari 20 tahun.Pengalaman beliau dalam bidang sains amat banyak dan selalu menjadi rujukan kami rakan-rakan makmal. Beliau kini bertugas di Makmal Kimia dan Biologi.
Cik Suraya binti Abdul Rahim merupakan staf pembantu makmal yang termuda dan baru sahaja bertugas di sekolah ini.Beliau mula bertugas bulan 07 tahun 2011.Beliau kini bertugas sebagai Pembantu Makmal di Makmal KBSM.
Pn.Nor Hasikin binti Md.Yatim telah berkhidmat hampir 9 tahun. Beliau baru sahaja berpindah ke sekolah ini dalam setahun.Beliau bertugas di Makmal KBSM Tingkatan 3.
Kami selalu akan berkumpul dan berbincang bersama jika ada usul-usul atau perkara yang ingin diselesaikan. Kami sentiasa bekerjasama dalam menjalankan tugas masing-masing. Kesepakatan dan kerjasama amat penting dalam tugas.
Ini adalah saya penulis blog ini. Nama saya Noraini Binti Hj.Mohd.Aripin.Pembantu Makmal Sains Makmal Tingkatan 1 & 2 (KBSM). Saya telah bertugas di sekolah ini hampir 9 tahun. Terlalu banyak perkara yang saya dapat pelajari dalam tugasan saya sebagai Pembantu Makmal. Biasanya Pembantu-pembantu makmal yang telah lebih lama berkhidmat dari saya sentiasa menjadi rujukan saya jika ada masalah dalam menjalankan tugas. Jika kita sentiasa ingin belajar ilmu itu akan kita perolehi juga. Jangan malu dan malas untuk bertanya itu adalah prinsip kerja saya.
Ini adalah Cik Ruzanah Binti Samad.Beliau kini bertugas sebagai pembantu makmal di Makmal Fizik dan Tingkatan 3.Beliau telah berkhidmat di sekolah ini hampir 15 tahun.
Ini Pembantu Makmal En,Hilmi bin Minhat yang bertugas di Makmal Sains Tambahan dan Sains Teras. Kini telah berpindah ke SMK.Dato' Onn.
Ini Pembantu Makmal Pn.Zunaidah Bt Hj.Harun @ Selamat.Bertugas di Makmal Sains Teras.Beliau telah bertugas hampir 15 tahun di sekolah ini.
STAF MAKMAL SMKDS
UJIKAJI TINGKATAN DUA DAN ALATAN
Inilah hasil warna hijau penuetralan yang telah berjaya dihasilkan oleh pembantu makmal.
Ujian penuetralan sedang dijalankan.Proses ujikaji ini perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Untuk mendapatkan penuetralan bahan ujikaji yang diperlukan 1m Asid hidroklorik , 1M Natrium Hidroksida dan diuji dengan beberapa titis penunjuk semesta(universal indicator).
Pn.Noraini pembantu makmal sedang menarik masuk larutan Natrium Hidroksida 1M ke dalam pipet sebanyak 25ml.
Eksperimen Penuetralan.Puan Faziha pembantu makmal sedang memasukkan asid hidroklorik ke buret.
Tolok Bourdon digunakan untuk mengukur tekanan.Apabila piston ditarik, isi padu udara dalam picagari bertambah dan bacaan Tolok Bourdon menurun.
Inilah pokok keembung yang sering digunakan dan amat penting untuk kegunaan ujikaji fotosintesis oleh pelajar-pelajar tingkatan dua dan tiga. Kami pembantu makmal akan sentiasa memastikan pokok ini tidak pupus sepanjang tahun.