PRA AMALI FIZIK TINGKATAN 4 2014












Pembantu Makmal sedang memberi tunjukajar kepada para pelajar cara pemasangan alatan fizik berdasarkan soalan pra amali fizik yang akan dimulakan semula pada tahun hadapan. Pra amali fizik ini adalah persediaan kepada para pelajar bagi pendedahan untuk menjalani amali fizik pada tahun 2015.

KHASIAT DAN KELEBIHAN GARAM BUKIT YANG KITA TIDAK TAHU...ILMU SAINS DAN AGAMA



Santau dapat di halang dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W. Kita Disogok dengan fakta palsu... Ambik garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi) Back to cara hidup nabi... Sebelum makan nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan... Sampai di tempat baru...nabi ambik garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru...

Untuk ubat penyakit rohani.. Air perlu di campur garam terutama sihir dan santau...kenapa? Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumh atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling umah.

Garam juga unsur yang boleh balance balik sistem tubuh kita...ini sunnah... Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak...

Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan gelegak atas dapur, tutup api dan biar suhu turun dulu baru letak garam... kita panggil bubuh garam atas darat mcm org arab buat... Bubuh garam masa nak mkn. Sebab? garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih.. kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dn dletakkn ke lidah bhgian depan. Ianya akn mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman. Wallahu'alam.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam

Ini ada beberapa petua penggunaan dan khasiat garam :
1. Merendam kerang supaya hilang tahinya.Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas / cawan / bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah.

Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah Beza Garam Putih, Garam Bukit & Garam Semulajadi Perbezaan di antara garam bukit yang didakwa garam 'asli' dan garam semulajadi dari pergunungan Himalaya serta garam laut. Ramai yang terkeliru dengan jenis-jenis garam yang terdapat di pasaran hari ini dan mereka kurang mendapat maklumat tentang mana satu yang terbaik untuk tubuh kita. Garam ialah sejenis mineral. Dalam bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida.

Garam menambah perisa kepada makanan dan sebagai bahan pengawet. Garam adalah satu-satunya jenis 'batu' yang boleh dimakan manusia. Apa saja jenis garam sama ada garam bukit, garam laut atau garam putih datang dari alam semulajadi. Kaedah pemprosesan selepas itu menjadikan garam-garam ini berbeza. Garam putih berasal dari lautan atau batu dari gunung.

Ia sebenarnya sudah diproses dan 'dibersihkan' agak keterlaluan. Sama seperti memproses gula tebu untuk dijadikan gula putih. Garam putih boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa. Walaupun ia berasal dari alam semulajadi, ia sudahpun melalui proses kimia dan menjadikan ia tidak sesuai untuk tubuh manusia. Tetapi 99% pengguna di negara ini masih menggunakan garam jenis ini untuk masakan.

Garam laut pula berasal dari lautan. Warnanya agak kelabu tidak seperti garam putih yang berwarna putih 'bersih'. Garam laut didapati dari lautan dan dikeringkan melalui proses evaporasi cahaya matahari untuk mendapatkan kristal. Ia hampir 100% asli dan lebih baik dari garam putih.
http://2.bp.blogspot.com/-xU8ulI1qCDo/Ul3nv0jcezI/AAAAAAAAB6M/pB2riQ4Alcw/s640/Khasiat+Dan+Kelebihan+Garam+Bukit+Yang+Kita+Tidak+Tahu.jpg
Garam bukit (seperti gambar) pula berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah kemerahan atau pink. Yang terbanyak di pasaran ialah garam Himalaya - iaitu digali dari batu mineral di pergunungan Himalaya.

Garam ini adalah adalah seratus-peratus asli dan hampir tidak diproses. Ini adalah jenis garam yang terbaik untuk manusia. Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain.

Pergunungan Himalaya boleh dikatakan masih bebas dari pencemaran alam dan garam di sini adalah jenis yang terbaik. Garam bukit asli ini juga boleh diperolehi di kawasan pergunungan negara-negara Eropah tetapi di sini terdapat banyak pencemaran.

Terdapat satu senario jenis garam yang terdapat di pasaran yang didakwa 'garam asli' atau 'garam bukit' tetapi yang peliknya ia berwarna putih bersih hampir tiada beza dengan garam putih biasa. Agak melucukan mengatakan ia adalah garam asli. Sebenarnya ia bukan jenis yang berbeza tetapi sama dengan garam putih. Dakwaan sebegini adalah salah satu strategi pemasaran (penipuan produk) kerana semua garam putih berasal sama ada dari lautan atau gunung.

Disebabkan ia diperolehi dari gunung, maka dengan mudahnya pengeluar meletakkan label sebagai 'garam bukit' dan 'garam asli'. Jika ia benar-benar garam asli yang diambil dari kawasan pergunungan, warnanya tidak seputih sedemikian rupa. Jadi, ia sudah pasti diproses secara keterlaluan.

Hari ini, berbagai helah telah digunakan oleh pengeluar untuk menarik perhatian pelanggan dan sebagai pengguna, kita perlu bijak mendapatkan informasi terkini dan menyelidik apa agenda di sebalik semua dakwaan itu.

PELUPUSAN BAHAN KIMIA

video


















TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN MAKMAL YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS DAN BEKERJASAMA DALAM MENJAYAKAN PELUPUSAN BAHAN KIMIA SMKDS...TAHNIAH.ALHAMDULILLAH SYUKUR...

KURSUS PERSEDIAAN AMALI SAINS 2015

Kursus Persediaan Amali Sains 2015 telah dijalankan pada 27 & 28 Mei 2014 bertempat di makmal SMK.Suria Perdana Batu Pahat,Johor. Kursus tersebut meliputi skop bahagian FIZIK, BIOLOGI dan KIMIA.




SKOP BAHAGIAN KIMIA
Penceramah Bahagian KIMIA
Pn.Yusnita Binti Yunos
Guru Cemerlang Kimia dari SMK Datuk Menteri.

Lawatan dari Pegawai PPD Daerah Batu Pahat memberikan ucapan dan merasmikan kursus persediaan amali sains 2015.

Penceramah Bahagian Biologi
Disampaikan oleh En.Sulaiman Bin KP Abu Bakar 
Guru Cemerlang Biologi dari SMK Yong Peng.















Bilangan Pelawat

May Allah Bless You...

May Allah Bless You...

Salam Sejahtera

Salam Sejahtera

Mulakan Dgn Al-Fatihah

Mulakan Dgn Al-Fatihah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Pelangi Islam -Cinta ALLAH

Pelangi Islam -Cinta ALLAH

Rama-rama

Rama-rama

STAFF MAKMAL SMKDS

STAFF MAKMAL SMKDS

Pembantu Makmal KBSM

Pembantu Makmal KBSM

Syahdu....

Kata-kata

COURTESY IS OUR POLICY....
ALWAYS THINK POSITIVE....

SOLAT TIANG AGAMA

YUK SHOLAT

YUK SHOLAT

Bunga Kebangsaan Negara Bunga Raya...

Bunga Kebangsaan Negara Bunga Raya...

VISI SEKOLAH

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG.

MISI SEKOLAH

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

Kata Wawasan

SAINS MEMBENTUK WAWASAN NEGARA.
MAJU SAINS MAJU NEGARA.
Loading...

Cantiknya ciptaan ALLAH

Cantiknya ciptaan ALLAH

RENUNGAN

Sesungguhnya ALLAH S.W.T menyukai seseorang yang membuat pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.....

Penulis Blog ini...

Penulis Blog ini...
Senyum selalu..

Tumbuhan berduri..tapi cantik.

Tumbuhan berduri..tapi cantik.

Agry Bird Blue

Agry Bird Blue

Followers

Santai...Lebah & Bunga...

Santai...Lebah & Bunga...

Kata-kata hikmah

Sempurnakanlah tugas kamu dengan tekun,amanah,bijaksana,ikhlas dan berdisiplin nescaya kamu akan mendapat keredaan ALLAH S.W.T dan menjadi satu umat yang kuat.....

SINOPSIS BLOG

Blog ini saya buat untuk memberikan maklumat berkenaan bidang sains kepada rakan-rakan dan aktiviti makmal SMK.Dato'Sulaiman.

Kata Semangat..

JATI DIRI PENGGERAK WAWASAN NEGARA.

Agry bird real

Agry bird real

Keindahan Alam

Loading...

Blog Kakitangan Makmal SMKDS

Didalam blog ini mengandungi terdapat pelbagai ilmu-ilmu sains yang melibatkan kerja-kerja sebagai pembantu makmal sains sekolah.Terdapat juga foto-foto rakan sekerja yang sama-sama bekerjasama dalam apa jua aktiviti yang dijalankan disekolah ini.Kenangan bersama rakan seperjuangan yang telah bersara dan juga bertukar ke sekolah lain.Semuanya kami abadikan kenangan ini dalam lipatan memori di blog ini untuk tatapan rakan-rakan semua...Terima kasih atas kerjasama anda semua.