KERJA CUTI SEKOLAH

Tak sangka dah hujung tahun 2011.Pantasnya masa berlalu.Lebih-lebih lagi kami sebagai pekerja Pembantu Makmal sekolah walaupun cuti sekolah tetap kerja dan selesaikan tugasan yang telah dalam perancangan kami dari awal lagi.

Mungkin bagi guru terasa lama duduk dirumah, bagi kami tak terasa. Lumrah kerja.Tugasan yang diamanahkan mesti dilaksanakan demi kebaikan semua warga sekolah.

Alhamadulillah, hampir selesai tugas yang telah saya lakukan semasa sepanjang cuti sekolah ini. Tugasan selesai 98%.

Siapa kata menjadi Pembantu makmal tiada kerja sangat nak buat. Bagi saya dan rakan-rakan makmal banyak tugas yang perlu kami selesaikan dan lakukan. Antara tugas yang telah saya lakukan seperti mengemaskini stok sambil membersihkan alatan-alatan dalam stor, mengecat permukaan meja makmal pelajar , mengecat dinding makmal, membuang sawang di makmal, menanam semula pokok bunga dipasu bunga , mencuci langsir makmal, membersihkan kipas makmal, menyelenggara alatan sains yang rosak, membuat pelupusan barang yang tidak digunakan lagi atau telah rosak, menampal carta-carta baru di papan kenyataan belakang makmal, mencuci tingkaap makmal, mengemop lantai makmal dan pelbagai lagi. Semua tugasan itu dilaksanakan dan akan selesaikan sebelum sessi persekolahan baru bermula tahun depan.
Makmal ceria, kerja pun seronok. Pelajar dan guru pun akan suka belajar di dalam makmal sains. Lagi satu jangan suka untuk menangguhkan pekerjaan. Buat perancangan kerja adalah lebih baik dan mudah.

Selamat tahun baru 2012...Tahun baru, Azam kerja baru...

MESYUARAT BERSAMA PENGETUA






MESYUARAT PENGETUA BERSAMA SEMUA KAKITANGAN SMKDS.
PADA 25 NOVEMBER 2011
HARI JUMAAT

Islamic Clock - Allah Muhammad Round - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Islamic Clock - Allah Muhammad Round - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

STAF SOKONGAN SMKDS 2011

Rakan-rakan sekerja di bawah satu bumbung SMK.Dato' Sulaiman.

Barisan Belakang:Cik Ruzanah (Pembantu Makmal),Cik Khalijah(Pembantu Pengurusan Murid), Pn.Robiah (PAP N4),Pn.Suziana(Pembantu Pengurusan Murid), Pn.Noraini (Pembantu Makmal), Cik Suraya (Pembantu Makmal), Pn.Zunaidah (Pembantu Makmal), Pn.Maslila (Pembantu Pengurusan Murid), Pn.Rosmah (Pembantu Tadbir),Pn.Faziha (Pembantu Makmal), En.Jamaluddin (PAP).

Barisan Hadapan: Pn.Siti Hanipah (Pembantu Tadbir), Pn.Faramira ( Pembantu Tadbir),Pn.Fetimah (Ketua Kerani ), Pn.Hajah Noriah binti Nasir ( Pengetua), En.Mohd.Razib Bin Arpan (GPK), En.Abu Zayin (GPK KOKO), En.Saifuddin (Juruteknik), En.Yatiman (PAP).

AMALAN 5S

AMALAN 5S


SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja dan membuangkannya.

SEITON SUSUN

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

SEISO SAPU

Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk diatas lantai , mesin dan perkakas.

SEIKETSU SERAGAM

Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan peyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

SHITSUKE SENTIASA AMAL

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja dan membuangkannya.

GUYUP MEKAR DIHATI SMKDS

SEHAJAT.SEHASRAT.SEPAKAT
Segalanya bermula disini




Pengetua En.Misli Bin Rosbadi. Berkhidmat di SMK.Dato'Sulaiman dari tahun 2005-2011. GUYUP moto sekolah ini.

Amanat dari pengetua.Terima kasih cikgu.Jasamu kami kenang.GUYUP tetap mekar dihati kami warga SMK.Dato' Sulaiman.

Pengetua amat mengemari barangan antik.Basikal antik ini adalah hadiah yang bermakna buat pengetua sumbangan dari sekolah.


Pelajar silat membuat persembahan untuk pengetua sempena majlis perpisahan pengetua yang dikasihi.

Pengetua hadir bersama isteri tersayang dan anak bongsu beliau. Terima kasih cikgu sudi hadir ke majlis ini.



Rakan-rakan yang hadir ke majlis perpisahan pengetua di Hotel Landmark, Batu Pahat.

Pengetua En.Misli Bin Rosbadi menyampaikan amanat terakhir dan ucapan kepada semua staf sokongan.Amanat beliau amat kami hargai dan kenang sampai bila-bila.

Pn.Hjh.Fetimah wakil dari staf menyampaikan hadiah kengan buat pengetua dari staf sokongan sekolah.

Pn.Hjh Fetimah menyampaikan hadiah kenangan buat pengetua.

En.Yatiman menyampaikan hadiah kenangan buat pengetua.


Staf H.jIsmail menyampaikan hadiah kenangan buat pengetua yang dihormati.

EKSPERIMEN PENEUTRALAN OLEH PELAJAR TINGKATAN 2 DI MAKMAL

Inilah salah satu hasil warna peneutralan yang telah berjaya dihasilkan oleh pelajar perempuan.Dimana 25ml Asid Hidroklorik + 25ml Natrium Hidroksida = Peneutralan.
Diuji dengan Universal Indicator.


Pelajar-pelajar berasa seronok dapat menjalankan eksperimen dan mendapat hasil yang dikehendaki dalam pembelajaran.

Guru Sains sedang memberikan arahan dan penerangan kepada para pelajar di makmal.

Pelajar lelaki juga bersungguh-sungguh untuk menjalankan ujikaji untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki guru sains.



Pelajar-pelajar sedang menjalankan ujikaji peneutralan.



STAF MAKMAL SMKDS


En.Mohd.Halim bin Ahmad adalah seorang Pembantu Makmal dan kini bertugas di Makmal
Biologi.Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada pertengahan tahun 2011.

Ini adalah En.ZainilAbidin Bin Abd.Wahab Pembantu Makmal C22 yang paling lama bertugas di sekolah ini. Beliau telah menjadi Pembantu Makmal lebih dari 20 tahun.Pengalaman beliau dalam bidang sains amat banyak dan selalu menjadi rujukan kami rakan-rakan makmal. Beliau kini bertugas di Makmal Kimia dan Biologi.


Cik Suraya binti Abdul Rahim merupakan staf pembantu makmal yang termuda dan baru sahaja bertugas di sekolah ini.Beliau mula bertugas bulan 07 tahun 2011.Beliau kini bertugas sebagai Pembantu Makmal di Makmal KBSM.

Pn.Nor Hasikin binti Md.Yatim telah berkhidmat hampir 9 tahun. Beliau baru sahaja berpindah ke sekolah ini dalam setahun.Beliau bertugas di Makmal KBSM Tingkatan 3.


Kami selalu akan berkumpul dan berbincang bersama jika ada usul-usul atau perkara yang ingin diselesaikan. Kami sentiasa bekerjasama dalam menjalankan tugas masing-masing. Kesepakatan dan kerjasama amat penting dalam tugas.


Ini adalah saya penulis blog ini. Nama saya Noraini Binti Hj.Mohd.Aripin.Pembantu Makmal Sains Makmal Tingkatan 1 & 2 (KBSM). Saya telah bertugas di sekolah ini hampir 9 tahun. Terlalu banyak perkara yang saya dapat pelajari dalam tugasan saya sebagai Pembantu Makmal. Biasanya Pembantu-pembantu makmal yang telah lebih lama berkhidmat dari saya sentiasa menjadi rujukan saya jika ada masalah dalam menjalankan tugas. Jika kita sentiasa ingin belajar ilmu itu akan kita perolehi juga. Jangan malu dan malas untuk bertanya itu adalah prinsip kerja saya.



Ini adalah Cik Ruzanah Binti Samad.Beliau kini bertugas sebagai pembantu makmal di Makmal Fizik dan Tingkatan 3.Beliau telah berkhidmat di sekolah ini hampir 15 tahun.

Ini Pembantu Makmal En,Hilmi bin Minhat yang bertugas di Makmal Sains Tambahan dan Sains Teras. Kini telah berpindah ke SMK.Dato' Onn.

Ini Pembantu Makmal Pn.Zunaidah Bt Hj.Harun @ Selamat.Bertugas di Makmal Sains Teras.Beliau telah bertugas hampir 15 tahun di sekolah ini.

Ini adalah Pn.Faziha Binti Talib yang bertugas di Makmal KBSM.Beliau telah 20 tahun lebih bertugas sebagai Pembantu Makmal. Pengalaman beliau juga dalan bidang sains amat banyak dan menjadi rujukan kami rakan-rakan makmal.




ALATAN -ALATAN SAINS

Add ImagePapan Elektrostatik

Alat Elektrostatik

Tong Gas yang mengandungi Gas Oksigen dan Gas Karbon Dioksida.

Serkup Kaca.

Kondenser Leibig digunakan untuk proses penyulingan.

Timbang Digital digunakan untuk menimbang bahan kimia dengan lebih tepat.


Tolok Bourdon dan picagari.

Potometer.








MAKMALKU SAYANG..

MAKMALKU SAYANG..

Bilangan Pelawat

May Allah Bless You...

May Allah Bless You...

Salam Sejahtera

Salam Sejahtera

Mulakan Dgn Al-Fatihah

Mulakan Dgn Al-Fatihah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Pelangi Islam -Cinta ALLAH

Pelangi Islam -Cinta ALLAH

Rama-rama

Rama-rama

erk.. Gayatnya...Tinggi.. naik cabel car..

erk.. Gayatnya...Tinggi.. naik cabel car..

Happy...

Happy...

Disini Lahirnya sebuah Cinta

Disini Lahirnya sebuah Cinta

STAFF MAKMAL SMKDS

STAFF MAKMAL SMKDS

Pembantu Makmal

Pembantu Makmal

Syahdu....

Kata-kata

COURTESY IS OUR POLICY....
ALWAYS THINK POSITIVE....

SOLAT TIANG AGAMA

YUK SHOLAT

YUK SHOLAT

Bunga Kebangsaan Negara Bunga Raya...

Bunga Kebangsaan Negara Bunga Raya...

VISI SEKOLAH

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG.

MISI SEKOLAH

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

Kata Wawasan

SAINS MEMBENTUK WAWASAN NEGARA.
MAJU SAINS MAJU NEGARA.

Cantiknya ciptaan ALLAH

Cantiknya ciptaan ALLAH

RENUNGAN

Sesungguhnya ALLAH S.W.T menyukai seseorang yang membuat pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.....

Penulis Blog ini...

Penulis Blog ini...
Senyum selalu..

GUYUP

GUYUP

Tumbuhan berduri..tapi cantik.

Tumbuhan berduri..tapi cantik.

Agry Bird Blue

Agry Bird Blue

Followers

Santai...Lebah & Bunga...

Santai...Lebah & Bunga...

Kata-kata hikmah

Sempurnakanlah tugas kamu dengan tekun,amanah,bijaksana,ikhlas dan berdisiplin nescaya kamu akan mendapat keredaan ALLAH S.W.T dan menjadi satu umat yang kuat.....

SINOPSIS BLOG

Blog ini saya buat untuk memberikan maklumat berkenaan bidang sains kepada rakan-rakan dan aktiviti makmal SMK.Dato'Sulaiman.

Kata Semangat..

JATI DIRI PENGGERAK WAWASAN NEGARA.

Agry bird real

Agry bird real

Blog Kakitangan Makmal SMKDS

Didalam blog ini mengandungi terdapat pelbagai ilmu-ilmu sains yang melibatkan kerja-kerja sebagai pembantu makmal sains sekolah.Terdapat juga foto-foto rakan sekerja yang sama-sama bekerjasama dalam apa jua aktiviti yang dijalankan disekolah ini.Kenangan bersama rakan seperjuangan yang telah bersara dan juga bertukar ke sekolah lain.Semuanya kami abadikan kenangan ini dalam lipatan memori di blog ini untuk tatapan rakan-rakan semua...Terima kasih atas kerjasama anda semua.