Selsema
merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap
salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih
dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim.
Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan
hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik
mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh
tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau
dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah
berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali
dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.
Gejala-gejala
Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
Bersin.
Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
Sakit kepala.
Adakalanya, demam yang ringan.
Sakit badan.
Mata berair.
Komplikasi-komplikasi
Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku:
Ingat untuk berunding dengan doktor jika
Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C
atau demam ringan yang berpanjangan.
Berlakunya sakit dada.
Terdapat kesusahan bernafas.
Terdapat kahak berwarna kuning.
Penjagaan kendiri
Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit.
Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah:
Elakkan
Tabiat-tabiat yang baik
Pencegahan
Amalkan gaya hidup yang sihat.
Makan makanan yang seimbang.
Senam selalu.
Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan
dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
Tidur secukupnya.
Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan
makanan.
Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan dituntutnya. Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.
Merokok.
Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin
mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.
Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.
Berehat
Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
Inhalasi (sedutan).
Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan
kanak-kanak.
Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
Jangkitan bakteria sekunder.
Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya
lelah.
Mereka-mereka
dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk
mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih
berisiko adalah : -
Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
Warga-warga tua
Golongan yang sangat muda.
Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
Warga-warga tua
Golongan yang sangat muda.
0 comments:
Post a Comment