PANDUAN MAKMAL SAINS SEKOLAH
Peraturan ini hendaklah ditampal pada setiap makmal - Tampalkan pada kertas tebal dan balut dengan plastik cerah .
PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR
a) Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun dibenarkan
masuk tanpa kebenaran guru.
B. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh dibawa keluar
tanpa kebenaran guru.
C. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanaya boleh digunakan atas arahan dan
panduan guru.
D. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah
dikembalikan ke tempat asalnya.
E. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
F. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.
G. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera
kepada guru atau pun kakitangan makmal.
H. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal.
I. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa
kebenaran guru.
J. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah
bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.
K. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.
L. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum
dibuang ke dalam tong sampah.
M. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh
dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan.
N. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
O. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
P. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.
Q. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.
R. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.
PENGGUNAAN BAHAN KIMIA
A. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan bahawa bahan kimia
yang akan digunakan itu betul.
B. Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit
bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah
mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan kimia.
C. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari tangan.
D. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah
diambil bahannya.
E. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba merasa sebarang
bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.
AMARAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.
PERATURAN MAKMAL
Posted by
norainipm
Tuesday, December 1, 2009
1 comments:
tq..sangat berguna..
Post a Comment