PENYEDIAAN BAHAN UJI
1. Asid Hidroklorik cair (2M)
Larutkan 170cm3 Asid Hidroklorik pekat dalam 1 dm3 larutan.
2. Asid Sulfurik cair (1M)
Larutkan 56cm3 Asid Sulfurik pekat dalam 1 dm3 larutan.
3. Asid Nitrik cair (1M)
Larutkan 130cm3 Asid Nitrik pekat dalam 1 dm3 larutan.
4. Natrium Hidroksida cair 2M.
Larutkan 80 gm pepejal Natrium Hidroksida dalam 1 dm3 larutan.
5. Kalium Hidroksida cair 2 M.
Larutkan 112 gm pepejal Kalium Hidroksida dalam 1 dm3 larutan.
6. Larutan Ammonia cair (2M)
Larutkan 135 cm3 Ammonia pekat dalam 1 dm3 larutan.
7. Larutan Kalsium Hidroksida (Air Kapur).
Biarkan pepejal Kalsium Hidroksida, Ca(OH)2, bersentuh dengan air dalam satu takungan
besar tertutup untuk beberapa jam. Turaskan larutan tepu yang jernih dan gunakan
larutan ini sebagai air kapur.
8. Asid Etanoik (0.1 M)
Larutkan 6cm3 Asid Etanoik glasial dalam 1 dm3 larutan.
9. Larutan Natrium Karbonat (0.5M)
Larutkan 53 gm pepejal Natrium Karbonat kontang dalam 1 dm3 larutan.
10. Larutan Argentum Nitrat (0.1M)
Larutkan 17gm pepejal Argentum Nitrat dalam 1 dm3 larutan.
PENYEDIAAN BAHAN UJI
Posted by
norainipm
Tuesday, December 1, 2009
1 comments:
Saya begitu tertarik dgn segala maklumay yg disampaikan.Ia kelihatan agak merumitkan..Bolehkah memberi saya maklumat bagi persediaan untuk temuduga sebagai pembantu makmal.Kerjasama, sangat saya hargai.
Post a Comment