KENAPA MENGANTUK SELEPAS MAKAN?

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk.

Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air?

Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat


Menjejaskan tindak balas kimia dalam badanProduk air minuman berkhasiat dan water filter berkualiti tinggi dari HPA yang harus dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

1. Air mineral HPA
2. Air minuman beralkali (label kuning)
3. Air minuman Dew
4. Penapis air / water filter JAWI

0 comments:

Post a Comment

MAKMALKU SAYANG..

MAKMALKU SAYANG..

Bilangan Pelawat

May Allah Bless You...

May Allah Bless You...

Salam Sejahtera

Salam Sejahtera

Mulakan Dgn Al-Fatihah

Mulakan Dgn Al-Fatihah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Pelangi Islam -Cinta ALLAH

Pelangi Islam -Cinta ALLAH

Rama-rama

Rama-rama

erk.. Gayatnya...Tinggi.. naik cabel car..

erk.. Gayatnya...Tinggi.. naik cabel car..

Happy...

Happy...

Disini Lahirnya sebuah Cinta

Disini Lahirnya sebuah Cinta

STAFF MAKMAL SMKDS

STAFF MAKMAL SMKDS

Pembantu Makmal

Pembantu Makmal

Syahdu....

Kata-kata

COURTESY IS OUR POLICY....
ALWAYS THINK POSITIVE....

SOLAT TIANG AGAMA

YUK SHOLAT

YUK SHOLAT

Bunga Kebangsaan Negara Bunga Raya...

Bunga Kebangsaan Negara Bunga Raya...

VISI SEKOLAH

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG.

MISI SEKOLAH

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

Kata Wawasan

SAINS MEMBENTUK WAWASAN NEGARA.
MAJU SAINS MAJU NEGARA.

Cantiknya ciptaan ALLAH

Cantiknya ciptaan ALLAH

RENUNGAN

Sesungguhnya ALLAH S.W.T menyukai seseorang yang membuat pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.....

Penulis Blog ini...

Penulis Blog ini...
Senyum selalu..

GUYUP

GUYUP

Tumbuhan berduri..tapi cantik.

Tumbuhan berduri..tapi cantik.

Agry Bird Blue

Agry Bird Blue

Followers

Santai...Lebah & Bunga...

Santai...Lebah & Bunga...

Kata-kata hikmah

Sempurnakanlah tugas kamu dengan tekun,amanah,bijaksana,ikhlas dan berdisiplin nescaya kamu akan mendapat keredaan ALLAH S.W.T dan menjadi satu umat yang kuat.....

SINOPSIS BLOG

Blog ini saya buat untuk memberikan maklumat berkenaan bidang sains kepada rakan-rakan dan aktiviti makmal SMK.Dato'Sulaiman.

Kata Semangat..

JATI DIRI PENGGERAK WAWASAN NEGARA.

Agry bird real

Agry bird real

Blog Kakitangan Makmal SMKDS

Didalam blog ini mengandungi terdapat pelbagai ilmu-ilmu sains yang melibatkan kerja-kerja sebagai pembantu makmal sains sekolah.Terdapat juga foto-foto rakan sekerja yang sama-sama bekerjasama dalam apa jua aktiviti yang dijalankan disekolah ini.Kenangan bersama rakan seperjuangan yang telah bersara dan juga bertukar ke sekolah lain.Semuanya kami abadikan kenangan ini dalam lipatan memori di blog ini untuk tatapan rakan-rakan semua...Terima kasih atas kerjasama anda semua.