Tak sangka dah hujung tahun 2011.Pantasnya masa berlalu.Lebih-lebih lagi kami sebagai pekerja Pembantu Makmal sekolah walaupun cuti sekolah tetap kerja dan selesaikan tugasan yang telah dalam perancangan kami dari awal lagi.
Mungkin bagi guru terasa lama duduk dirumah, bagi kami tak terasa. Lumrah kerja.Tugasan yang diamanahkan mesti dilaksanakan demi kebaikan semua warga sekolah.
Alhamadulillah, hampir selesai tugas yang telah saya lakukan semasa sepanjang cuti sekolah ini. Tugasan selesai 98%.
Siapa kata menjadi Pembantu makmal tiada kerja sangat nak buat. Bagi saya dan rakan-rakan makmal banyak tugas yang perlu kami selesaikan dan lakukan. Antara tugas yang telah saya lakukan seperti mengemaskini stok sambil membersihkan alatan-alatan dalam stor, mengecat permukaan meja makmal pelajar , mengecat dinding makmal, membuang sawang di makmal, menanam semula pokok bunga dipasu bunga , mencuci langsir makmal, membersihkan kipas makmal, menyelenggara alatan sains yang rosak, membuat pelupusan barang yang tidak digunakan lagi atau telah rosak, menampal carta-carta baru di papan kenyataan belakang makmal, mencuci tingkaap makmal, mengemop lantai makmal dan pelbagai lagi. Semua tugasan itu dilaksanakan dan akan selesaikan sebelum sessi persekolahan baru bermula tahun depan.
Makmal ceria, kerja pun seronok. Pelajar dan guru pun akan suka belajar di dalam makmal sains. Lagi satu jangan suka untuk menangguhkan pekerjaan. Buat perancangan kerja adalah lebih baik dan mudah.
Selamat tahun baru 2012...Tahun baru, Azam kerja baru...
KERJA CUTI SEKOLAH
Posted by
norainipm
Sunday, December 18, 2011
0 comments:
Post a Comment