Lawatan ke SMK.PERNU Melaka.
Makmal-makmal Sains SMK.PERNU di
tingkat 2 dan 3.Tingkat 2 Makmal KBSM Tingkatan 1,2 dan 3.Tingkat 3 pula
adalah Makmal Fizik, Biologi dan Kimia.
Pada tarikh 13 Disember 2012 hari Khamis pihak Persatuan Pembantu Makmal Daerah Batu Pahat telah membuat Lawatan Penanda Aras Pembantu Makmal C17 dan C22 ke Melaka Bandaraya Bersejarah.Lawatan ini bertujuan untuk melihat keadaan makmal yang memenangi tempat ke dua dalam pertandingan keceriaan makmal 2012 bagi negeri Melaka.Lawatan pertama kami adalah ke sekolah SMK.PERNU Melaka.Selain dari itu,kami dapat menimba ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar pendapat dan idea dalam mempertingkatkan lagi mutu kerja dan dalam keceriaan makmal sekolah.Kami juga ada mengadakan lawatan ke PLANETARIUM MELAKA. Lawatan ke Planetarium Melaka terdapat mengandungi pelbagai pameran-pameran Sains Angkasa dan Biologi serta Fizik yang dapat memberikan lagi ilmu pengetahuan kepada kami dalam ilmu Sains.Amat menarik sekali adalah dimana kami dapat melihat tayangan video alam angkasa di bilik khas yang memaparkan persembahan yang amat menarik dan teruja.Mendengar taklimat di Makmal Sains KBSM.Kedudukan susun atur makmal yang terkini zaman sekarang.
Keadaan pejabat pembantu makmal di Bilik Persediaan yang selesa.
Pameran model-model alatan Sains.
Sumber-sumber maklumat yang berkaitan.
Penyimpanan bahan kimia yang telah dibuat larutan.
Bilik Stor bagi penyimpanan bahan-bahan atau alatan ujikaji yang tersusun dan teratur.
Papan putih yang menarik dan mudah untuk digunakan secara mendatar.
Tempat penyimpanan bahan kimia yang tersusun.
Kebuk wasap yang digunakan untuk membancuh bahan-bahan kimia.
Kebuk Wasap.