STAF PEMBANTU MAKMAL SMKDS YANG CERIA
HASIL KREATIVITI PELAJAR FORM 2 PBS B6D5E1
Membuat projek atau permainan yang mengaplikasi konsep kestabilan.
Arahan:
Anda seorang pelajar yang kreatif.Anda dikehendaki merekacipta satu permainan yang menarik yang mengaplikasikan konsep kestabilan. Projek perlu disiapkan dan dihantar dalam tempoh satu minggu. Permainan yang direka itu perlulah memenuhi kriteria seperti berikut:
a) Mengaplikasikan faktor kestabilan yang dipilih
i) Luas tapak ATAU
ii) Kedudukan pusat graviti ATAU
iii) Kedua-dua faktordipilih
b) Anda digalakkan menggunakan bahan-bahan terbuang.
Projek akan dinilai berdasarkan kebolehan pelajar:
a) Menerangkan faktor kestabilan yang dipilih
b) Menyatakan sumber bahan yang telah digunakan
c) Menguji permainan yang dibina dan menepati kriteria kestabilan yang dikehendaki.
HASIL KREATIVITI PELAJAR YANG TELAH DIBUAT.....
MAJLIS PERPISAHAN KETUA BIDANG SAINS DAN MATH PN.KAMARIAH BT MOHAMED DALI 18 SEPTEMBER 2013
Pn.Kamariah binti Mohamed Dali adalah seorang guru Sains dalam bidang pengkhususan Kimia dan Biologi.Beliau telah mula bertugas sebagai guru sains pada tarikh 04 Januari 1987.SMK Dato'Sulaiman ini adalah sekolah beliau memulakan khidmatnya sebagai guru setelah menamatkan pelajaran di universiti. Beliau telah menjadi guru Sains disekolah ini selama 26 tahun lamanya.
Beliau adalah seorang guru yang dedikasi, rajin dan berwibawa dan berpotensi untuk terus maju ke hadapan sebagai pendidik yang cemerlang.Beliau juga telah mengajar hampir 3 generasi anak didiknya di sekolah ini dan ada diantaranya anak didiknya juga telah sama-sama berkhidmat sebagai guru di sekolah ini dan menjadi rakan sejawat. Sepanjang berkhidmat 26 tahun di sekolah ini beliau amat disenangi dikalangan rakan -rakan guru dan juga kakitangan sekolah.Sepanjang berada disekolah ini juga beliau telah banyak memberikan sumbangan jasa dan kerjasama untuk sekolah ini .
Kini beliau akan berpindah ke Sekolah Menengah Tun Aminah Batu Pahat kerana dinaikkan pangkat sebagai Guru GPK Hal Ehwal Murid. Tahniah diucapkan kepad Pn.Kamariah.Semoga beliau akan terus maju dan berjaya bertugas di sekolah baru.Segala jasa beliau disekolah ini yang tidak jemu mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa tidak akan kami lupakan.Semoga beliau sentiasa dalam lindungi Allah dan dirahmati segala apa yang dilakukannya demi agama,bangsa dan negara.SELAMAT MAJU JAYA DARI KAMI WARGA SMKDS.JASAMU AKAN KAMI KENANG HINGGA KE AKHIR HAYAT.
Bergambar kenangan Pn.Kamariah bersama guru-guru sains dan matematik juga staf pembantu makmal bersama Pengetua Pn.Hjh Noriah binti Nasir.
Pn.Kamariah sedang berucap dalam Majlis perpisahan Jabatan Sains dan Matematik sekolah SMKDS.
Bergambar kenangan bersama staf pembantu makmal Pn.Zunaidah Harun.
FORUM:KEARAH PEMANTAPAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
Ahli Panel telah dihadiri oleh :
Panel 1 : Tn.Hj.Mohd.Nor bin A Ghani (Pengarah Pelajaran Johor)
Panel 2: Dato' Haji Omar Bin Hj.Osman selaku Presiden Cuepacs
Panel 3 : En Hamran bin Hj. Ahmad selaku Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM)
Forum diadakah bertujuan untuk membincangankan perkara-perkara berbangkit tentang masalah-masalah dan perjawatan dan cara untuk mengatasinya.Selain dari itu forum ini juga dapat mengeratkan silaturrahim diantara semua kakitangan makmal sekolah dari pelbagai daerah di negeri Johor ini.Selain dari itu ia juga dapat mendekatkan lagi silaturrahim antara kakitangan makmal dengan panrl-panel jemputan dan presiden Cuepac yang sudi hadir dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah banyak membela keperluan staf sokongan selama ini.Terima Kasih diucapkan kepada Presiden Cuepac,wakil dari Pengarah Pelajaran Johor dan juga Presiden Kesatuan Sekerja kakitangan Makmal Malaysia yang telah hadir dan menjayakan forum tersebut.