Pokok keembung adalah pokok yang paling sesuai yang kerap digunakan oleh pembantu makmal untuk menyediakan ujikaji fotosintesis. Pokok keembung ini telah disimpan ditempat gelap selama 2 hari. Kemudian dikeluarkan dan ditutup sebahagian daun keembung itu dengan kertas hitam dan diletak dengan ada cahaya matahari sekurang-kurangnya sejam. Selepas itu barulah diambil daun tersebut dan diuji samada daun yang tertutup ada kehadiran kanji pada daun atau tidak.
Fotosintesis ialah proses membuat makanan yang berlaku dalam tumbuhan hijau.Tumbuhan hijau memerlukan air, karbon dioksida,klorofil dan cahaya matahari untuk proses fotosintesis.
Proses diatas adalah dimana daun keembung yang telah dididihkan sehingga layu kemudian dimasukan dalam ke dalam alkohol.
Daun keembung yang terendam dalam larutan alkohol kemudian dimasukan ke dalam air didihan tadi untuk melayukan semula daun tersebut sebelum diuji dengan larutan iodine.
Ujikaji ini telah di buat oleh pembantu makmal untuk menguji samada cahaya diperlukan atau tidak dalam proses fotosintesis.
Daun keembung yang telah dilayukan dengan iar rebusan tadi diangkat dan diletak atas jubin putih untuk diuji dengan iodine.
Daun keembung bertukar berwarna putih setelah dilarutkan dalam alkohol.
Daun keembung diuji dengan menitiskan keseluruhan permukaan daun dengan larutan iodine.
Perubahan telah berlaku. Kami dapati permukaan daun keembung yang tertutup dengan kertas hitam tiada kehadiran kanji dan berwarna perang manakala daun yang terdedah dengan cahaya matahari berubah menjadi warna biru tua gelap. Ini menunjukkan kehadiran kanji pada daun yang terdedah dengan cahaya matahari.