MENGECAT BANGUNAN SEKOLAH-CUTI SEKOLAH
MENYELENGGARA ALATAN SAINS
En.Zainal pembantu makmal sedang menyelenggara alatan penyulingan untuk dicuci. Alat penyulingan perlu dicuci setahun sekali untuk menanggalkan kotoran yang melekat pada alat penapis penyiligan bagi endapatkan ketulenan air suling yang lebih baik.Cara yang dilakukan adalah dengan memasukkan sedikit asid nitrik cair untuk menanggalkan kotoran yang melekat pada alat penyulingan.
Pembantu makmal KBSM sedang membuat alatan untuk kemudahan ujikaji.
Pembantu makmal KBSM sedang membuat alatan untuk kemudahan bahan ujikaji.Ini adalah kelalang kun yang telah siap dicat silver untuk bahan ujikaji Tingkatan 1.
Kaki-kaki retort yang telah siap dicat untuk menggelakkan karat pada batang besi kaki retort.Ini adalah salah satu aktiviti yang kami lakukan setiap tahun bagi penyelenggaraan alatan ujikaji.
TUGASAN CUTI SEKOLAH - MEMBUAT MODUL SAINS TING.4 DAN 5 2013
Pembantu-pembantu makmal sedang bertungkus lumus menyusun kertas-kertas modul soalan Sains Tingkatan 4 dan 5 bagi sesi pembelajaran 2013. |
Semua pembantu makmal sedang menyusun kertas-kertas soalan modul. |
Kerja-kerja menstepler buku modul sedang dilakukan oleh pembantu makmal.
TUGASAN CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2012
Ini adalah satu satu meja makmal yang telah baru siap di cat baru. |
Pembantu Makmal KBSM sedang mengecat bingkai papan putih makmal.
Untuk menceriakan lagi suasana makmal pembantu makmal akan mengecat menggunakan warna-warna yang ceria dan terang untuk membangkitkan suasana yang lebih ceria dan segar dikalangan pelajar dan guru-guru yang mengajar di makmal.
MUHASABAH DIRI DALAM KERJA...
UJIKAJI CAHAYA DIPERLUKAN DALAM FOTOSINTESIS
Pokok keembung adalah pokok yang paling sesuai yang kerap digunakan oleh pembantu makmal untuk menyediakan ujikaji fotosintesis. Pokok keembung ini telah disimpan ditempat gelap selama 2 hari. Kemudian dikeluarkan dan ditutup sebahagian daun keembung itu dengan kertas hitam dan diletak dengan ada cahaya matahari sekurang-kurangnya sejam. Selepas itu barulah diambil daun tersebut dan diuji samada daun yang tertutup ada kehadiran kanji pada daun atau tidak.
Fotosintesis ialah proses membuat makanan yang berlaku dalam tumbuhan hijau.Tumbuhan hijau memerlukan air, karbon dioksida,klorofil dan cahaya matahari untuk proses fotosintesis.
Proses diatas adalah dimana daun keembung yang telah dididihkan sehingga layu kemudian dimasukan dalam ke dalam alkohol.
Daun keembung yang terendam dalam larutan alkohol kemudian dimasukan ke dalam air didihan tadi untuk melayukan semula daun tersebut sebelum diuji dengan larutan iodine.
Ujikaji ini telah di buat oleh pembantu makmal untuk menguji samada cahaya diperlukan atau tidak dalam proses fotosintesis.
Daun keembung yang telah dilayukan dengan iar rebusan tadi diangkat dan diletak atas jubin putih untuk diuji dengan iodine.
Daun keembung bertukar berwarna putih setelah dilarutkan dalam alkohol.
Daun keembung diuji dengan menitiskan keseluruhan permukaan daun dengan larutan iodine.
Perubahan telah berlaku. Kami dapati permukaan daun keembung yang tertutup dengan kertas hitam tiada kehadiran kanji dan berwarna perang manakala daun yang terdedah dengan cahaya matahari berubah menjadi warna biru tua gelap. Ini menunjukkan kehadiran kanji pada daun yang terdedah dengan cahaya matahari.