AKTIVITI CUTI SEKOLAH






Pembantu makmal sedang bergotong royong membersihkan, mengembur semula tanah tanaman dan menanam semula pokok baru.

AKTIVITI KAKITANGAN MAKMAL

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

Inilah barisan sebagian kakitangan makmal yang terlibat dalam tugas Hakim balapan dan penjaga masa bagi memastikan acara sukan larian berjalan dengan lancar.Sanggup berpanas demi tugas yang telah diamanahkan.

Bertugas sebagai Penjaga masa bagi acara larian pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar tingkatan enam juga terlibat untuk menjalankan tugas.

Bergambar kenangan bersama pengetua sekolah kami dan rakan-rakan makmal yang bertugas semasa Sukan Tahunan Sekolah 2010. Kami telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan..Lega rasanya....

Bertugas sebagai Hakim Balapan bagi acara larian pelajar-pelajar semasa Sukan Kecil Sekolah 2010.

Bertugas sebagai Hakim Balapan semasa acara sukan kecil sekolah tahun2010. Ini adalah tugas kami setiap tahun menjelang saja sukan sekolah.


JAMUAN AKHIR TAHUN MAKMAL 2009



Rakan-rakan makmal dan kakitangan pejabat yang hadir ke jamuan akhir tahun 2009 Kelab Makmal.Pn.Robiah dan Pn.Fetimah turut hadir dari kalangan petugas pejabat.Terima kasih....


Pengetua En.Misli bin Rosbadi dan guru-guru jemputan turut hadir memeriahkan majlis jamuan makan akhir tahun 2009 yang telah dianjurkan oleh Kelab Makmal SMK.Dato'Sulaiman.



Rakan-rakan makmal bergotong royong menyediakan juadah untuk majlis akhir tahun2009. Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan makmal semua.

Makcik kantin pun hadir memeriahkan lagi majlis ini...seronoknya ramai yang hadir.walaupun majlis ini kecil-kecilan tetapi meriah dengan kehadiran rakan-rakan sekerja dibawah satu bumbung SMK.Dato'Sulaiman.Ini pekerja kantin mak Yah dan kak Yah...Terima kasih.


MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2009 KELAB MAKMAL SMK.DATO' SULAIMAN.

Majlis jamuan akhir tahun ini kami telah mengadakan pada tarikh 10 Disember 2009 hari selasa.Majlis ini diadakan di Makmal KBSM Tingkatan 2.Semua yang hadir dikalangan guru-guru dan rakan-rakan sekolah.












TEKNIK ASAS KIMIA

TEKNIK ASAS KIMIA

1. Formula unsur
2. Formula sebatian
3. Persamaan kimia
4. Sifat-sifat kimia bahan pepejal dan larutan
5. Mol dan Kemolaran
5.1. Mol
5.2. Kepekatan
5.3 Kemolaran
5.4 Penukaran unit kepekatan
5.5 Hubungan antara kemolaran dengan bilangan mol
dan isipadu larutan penyediaan larutan kimia.
6. Penyediaan larutan kimia
6.1 Menyediakan larutan daripada bahan kimia pepejal
6.2 Menyediakan larutan cair daripada larutan pekat.
6.3. Penyediaan larutan piawai (Standard)
6.4. Pentitratan asid -bes

TEKNIK ASAS KIMIA
1. SIMBOL UNSUR
Dalam alam ini terdapat 109 unsur yang telah diketahui. Unsur wujud sebagai logam, bukan logam dan separa logam. Setiap unsur diberi sombol khas ( satu atau dua huruf) simbol ini biasanya merujuk nama unsur dalam Bahasa Inggeris. Jika satu huruf, digunakan huruf besar dan jika dua huruf, yang pertama huruf besar dan yang kedua huruf kecil. Contoh:
H-Hidrogen C- Karbon O - Oksigen K - Kalium
He - Helium Na - Natrium Fe - Natrium Fe - ferum MG - Magnesium
(Sila rujuk jadual berkala unsur)

2. FORMULA SEBATIAN
Sebatian terdiri daripada unsur-unsur yang bergabung secara kimia. Terdapat dua jenis sebatian iaitu sebatian ion (garam) dan sebatian molekul. Formula kimia ialah satu set simbol kimia bagi atom unsur bersama nombor bulat bagi mewakili sesuatu bahan kimia.
Formula sebatian ion menunjukkan nisbah teringkas unsur yang hadir dalam sebatian itu.
Contoh:

Formula nama Nisbah unsur
NaCl Natrium Klorida Natrium ; klorin = 1:1
MgO Magnesium Oksida Magnesium : oksigen = 1:2
CaCl2 Kalsium klorida Kalsium: Klorin = 1:2
Fe2 O3 Ferum(III) Oksida Ferum: oksigen = 2:3
(Unsur dalam sebatian ion wujud sebagai atom bercas positif/negatif. Jumlah cas bersih dalam formula sebatian ion adalah sifar).
Formula sebatian molekul menunjukkan bilangan sebenar atom yang hadir dalam sesuatu molekul.

Contoh:
Formula nama Unsur
H2O Air Hidrogen , Oksigen
NH3 Ammonia Nitrogen, hidrogen
C6H12O6 glukosa Karbon, hidrogen, oksigen
SO3 Sulfur Trioksida Sulfur, oksigen
H2SO4 Asid Sulfurik Hidrogen, Sulfur, Oksigen
BaCl2 Barium Klorida Barium, Klorin


3. PERSAMAAN KIMIA
Tindak balas kimia melibatkan perubahan bahan tindak balas kepada hasil tindak balas. Tindak balas kimia diwakili oleh persamaan yang menggunakan simbol dan formula kimia.
Bahan tindak balas ------> hasil tindak balas.
A + B --> C + D
Persamaan kimia mesti seimbang dari segi bilangan atom di sebelah kiri dan kanan.
Contoh:
Asid hidroklorik + Natrium Hidroksida ---> Natrium Klorida + Air
HCL + NaOH ---> NaCl + H2O
Asid Sulfurik + Barium Hidroksida ----> Barium Sulfat + Air
H2SO4 + Ba (OH)2 --> BaSO4 + H2O
Kalsium karbonat ---> Kalsium oksida + Karbon dioksida
CaCO3 ---> CaO + CO2
Amonia + Hidrogen klorida ---> Ammonium klorida
NH3 + HCL --> NH4Cl
(Daripada persamaan kimia boleh ditentukan kualiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas. Kuantiti boleh sebagai jisim, isipadu (gas), mol dan lain-lain)


4. SIFAT-SIFAT KIMIA BAHAN PEPEJAL DAN LARUTAN
Bahan atau jirim boleh wujud dalam keadaan pepejal , cecair dan gas. Contoh: Air (Pepejal) <--> Air(Cecair) <---> Wap Air (Gas)
bahan pepejal wujud pada suhu di bawah takat beku/ takat lebur. Semua logam (kecuali raksa/merkuri wujud sebagai pepejal pada keadaan bilik. Kebanyakan sebatian ion wujud dalam bentuk pepejal pada keadaan bilik.
Bahan pepejal menunjukkan sifat kimia apabila berlaku tindak balas. Secara amnya pepejal loga, (aktif) bertindak balas dengan asid menghasilkan garam dan membebaskan gas hidrogen.
Contoh Mg + 2HCL ---> MgCl2 + H2
Pepejal garam karbonat (sebatian ion) bertindak balas dengan asid membebaskan gas karbon dioksida. Contoh:
CaCO3 + 2HNO3 ---> Ca(NO3)2 + CO2 +H2O
Larutan ialah satu campuran yang terbentuk apabila suatu zat terlarut dilarutkak dalam suatu pelarut tertentu.
Zat terlarut + pelarut ----> Larutan
Air merupakan pelarut semesta (Universal) yang boleh melarutkan kebanyakan bahan. Zat terlarut(biasanya dalam keadaan pepejal) dicampurkan ke dalam pelarut hingga menjadi homogen (tidak wujud ampaian/berkeladak). Contoh:
Natrium Klorida + Air ---> Larutan Natrium Klorida
(garam biasa) (Pelarut) (Larutan garam)
Larutan berair (akues) biasanya tidak berwarna, kecuali larutan ion logam peralihan seperti ion kuprum(II) - biru, ion ferum (II) - hijau muda, ion ferum(III) - kuning dan ion nikel - hijau.
Larutan garam bertindak balas dengan bahan uji (reagen) menghasilkan mendakan yang larut atau tidak larut dalam keadaan berlebihan . contoh.
Larutan ion zink dicampaurkan dalam larutan natrium hidroksida membentuk mendakan putih yang larut dalam keadaan berlebihan menghasilkan larutan tidak berwarna. Larutan ion plumbum dicampurkan dalam larutan ammonia membentuk mendakan putih yang tidak larut dalam keadaan berlebihan.

5. MOL DAN KEMOLARAN
5.1. Mol
Satu mol sesuatu bahan ialah kuantiti bahan yang mengandungi 6.02 X 10 23
zarah bahan itu. Nombor pemalar (6.02 X 10 23) dipanggil Nombor Avogadro. Jenis Zarah dalam suatu bahan mungkin atom, molekul atau ion, bergantung kepada jenis bahan itu.
Bilangan mol atom unsur = Jisim unsur (gram)
Jisim atom reletif unsur
Bilangan mol molekul = jisim(gram)
jisim molekul relatif
Bilangan mol sebatian ion = jisim (gram)
jisim formula relatif
Secara ringkasnya: Bilangan mol = jisim
Jisim relatif

5.2 Kepekatan
Kepekatan sesuatu larutan ialah satu ukuran kuantiti zat terlarut yang terlarut dalam satu kuantiti pelarut . Kuantiti zat terlarut dinyatakan dalam gram atau mol. Oleh itu unit kepekatan larutan boleh dinyatakan dalam g dan dm3 (1 dm3 ialan 1000 cm3)
Kepekatan larutan (g dm3) = jisim zat terlarut (g)
Isipadu larutan (dm3)
Contoh :
50 g kuprum (II) sulfat kontang dilarutkan dalan air untul menghasilkan
250 cm3 larutan . Hitung kepekatan larutan yang terhasil dalam g dm -3
Jisim kuprum (II) sulfat = 50 g
Isipadu laruta = 250 = 0.25 dm3
1000
Kepekatan larutan kuprum(II) sulfat = Jisim kuprum (II) sulfat dalam g = 50 g
Isipadu larutan dalam dm3 0.25 dm3
= 200 g -3


Latihan :
Berapakah jisim kalium karbonat yang perlu dilarutkan dalam air untuk menyediakan 500 cm3 larutan yang mempunyai kepekatan 60 g dm-3 ?
5.3 Kemolaran
Kemolaran ialah unit kepekatan yang menunjukkan mol zat terlarut yang terdapat dalam 1 dm3 larutan (atau mol dm-3).
Kemolaran = Bilangan mol zat terlarut
Isipadu larutan dalam dm3
Contoh :
28 g kalium hidroksida (KOH) dilarutkan dalam air untuk menyediakan
250 cm3 larutan . Berapakah kemolaran larutan yang terhasil ?
[ Jisim atom relatif : H = 1; O = 16; K =39]
Jisim formula KOH = 39 + 16 + 1 = 56
Bilangan mol KOH = Jisim KOH dalam g = 28 = 0.5 mol
Jisim formula relatif KOH 56
Isipadu larutan larutan = 250 = 0.25 dm3
1000
Kemolaran larutan KOH = Bilangan mol KOH = 0.5 mol = 2.0 mol dm-3
Isipadu larutan dalam dm3 0.25 dm3

Latihan :
Berapakah jisim zink nitrat , Zn(NO3)2, (jisim formula relatif = 127), yang perlu
dilarutkan dalam air untuk menyediakan 500 cm3 larutan yang mempunyai
kemolaran 0.2 mol 0.2 mol dm-3 ?

5.4 Penukaran unit kepekatan

Kemolaran (mol dm-3) = Kepekatan (g dm-3) = 14.9 = 0.2 mol dm-3
Jisim formula relatif KCI 74.5

Latihan :
Berapakah kepekatan (dalam unit g dm-3) larutan barium hidroksida, Ba(OH)2,
yang mempunyai kemolaran 0.2 mol dm-3 ? [ Jisim formula relatif Ba (OH)2
= 171]



5.5 Hubungan antara kemolaran dengan bilangan mol dan isipadu larutan
Katakan , n = bilangan mol zat terlarut
V= isipadu larutan (cm3)
M= Kemolaran larutan (mol dm3)
Oleh kerana kemolaran larutan = bilangan mol zat terlarut
Isipadu larutan (dm3)
Maka M = n
V
1000

Oleh itu n = M V
1000

6. PENYEDIAAN LARUTAN KIMIA
6.1 Menyediakan larutan daripada bahan kimia pepejal

Jisim pepejal = Kemolaran larutan x Jisim formula relatif x Isipadu larutan
(g) (mol dm-3) (g mol-1) (dm3)
Contoh :
(a) Sediakan 1 dm3 larutan natrium karbonat (Na2CO3) dengan kemolaran 0.1 mol
dm-3.
Jisim formula relatif Na2CO3 = 106
Jisim Na2CO3 yang diperlukan = 0.1 x 106 x 1 = 10.6 g
Timbang 10.6 g (tepat) pepejal Na2CO3 dan larutkan dalam air suling hingga menjadi 1 dm3 larutan. Gunakan kelalang volumetrik 1dm3.

(B) Anda dibekalkan dengan pepejal hablur kuprum(II) sulfat terhidrat, CUSO45H2O (jisim formula reletif = 249.6) sediakan 500 cm3 larutan kuprum(II) sulfat dengan kemolaran 0.5 mol dm3.
Jisim CuSO45H20 yang diperlukan = 0.5 X 249.5 X 500 = 62.38 g
1000
timbang 62.38 g CuSO45H20 dan larutkan dalam air suling hingga menjadi 500 cm3. Gunakan kelalang volumetrik 500 cm3.
6.2. Menyediakan larutan cair daripada larutan pekat
Kebanyakan asid atau alkali dibekalkan dalam bentuk larutan pekat. Untuk menyediakan larutan caiar, data yang dicatat pada label bekas perlu diambil kira.
Contoh;
Asid sulfurik pekat H2SO4
Jisim molekul relatif = 98
Ketumpatan = 1.84 g/cm3
kepekatan = 96%
Sediakan 1 dm3 larutan asid sulfurik dengan kemolaran 0.5 mol dm3
isipadu asid pekat kemolaran larutan X JMR X 100
yang diperlukan (CM3) (Mol dm3
S.G (g cm3 ) X % kepekatan
= 0.5 X 98 X 100 = 27.7 cm3
1.84 X 96
Sukat 27.7 cm3 asid sulfik pekat dan alirkan perlahan-lahan ke dinding dalam kelalang volumetrik 1 dm3 yang mengandungi kira-kira separuh air suling (Peringatan : Jangan tuangkan air suling kepada asid pekat) tambahkan air suling hingga isipadu larutan menjadi 1 dm3.
6.3. Penyediaan larutan piawai (standard)
Jika sesuatu bahan boleh diperolehi dalam keadaan sangat tulen, larutannya boleh disediakan secara terus. Bahan tersebut ditimbang untuk mendaoat jisim yang tepat. Kemudian semua bahan tersebut dilarutkan dalam air suling kepada isipadu yang diperlukan dengan menggunakan kelalang volumetrik. Antara bahan yang mempunyai ketulenan tinggi ialah natrium karbonat, asid benzoik, boraks (dinatrium tertraborat), kalium hidrogen ftalat, argentum nitrat dan natrium klorida.
Larutan piawai adalah larutan yang diketahui kepekatan (kemolaran) dengan tepat . Bahan yang digunakan sebagai larutan piawai mesti cukup tulen dan stabil apabila didedahkan ke udara.
Jika larutan asid seperti asid sulfurik , asid nitrik damn asid hidroklorid, dan larutan Alkali seperti natrium hidroksida, kalium hidroksida dan ammonia jika disediakan secara terus, kepekatan larutan yang terhasil tidak begitu tepat. Ini kerana asid nitrik dan asid hidroklorik pekat bersifat lembab cair (menyerap wap air dari udara) oleh itu larutan yang disediakan perlu dititratkan dengan leruitan piawai supaya kepekatannya dapat ditentukan dengan tepat.

Contoh: penyediaan 250cm3 larutan natrium hidroksida. NaOH, 2.0 Mol dm3.
Jisim NaOH yang diperlukan = kemolaran X isipadu x jisim formula relatif NaOH
1000
= 2.0 X 250 X 40 = 20.0 g
1000
Timbang 20.0 g (tepat) dalam sebuah bikar kecil yang kering dan ditutup. Sebuah kelalang volumetrik 250cm3 yang bersih diisikan dengan air suling kira-kira satu pertiga penuh 20.0 g natrium hidroksida tadi dituangkan melalui corong turas, bikar kecil tadi dibilas dengan sedikit air suling. Kemudian semua air bilasan dituangkan ke dalam kelalang volumetrik. Pembilasan diulangi beberapa kali . Corong turat ddibilas beberapa kali dengan air suling. Kemudian corong turas ditanggalkan. Kelalang volumetrik digoncangkan perlahan-lahan sehingga semua natrium hidroksida larut. Air suling ditambah dengan berhati-hati sehingga meniskus larutan berada pada senggatan 250cm3 . kelalang volumetrik ditutup dengan penutup sehingga ketat. Kelalang volumetrik digoncang dan ditelengkupkan beberapa kali supaya larutan bercampur sekata.

6.4. Pentitratan asid -bes
Pentitratan asid-bes ialah kaedah analisis kuantitif untuk menentukan isipadu asid yang diperlukan bagi meneutralkan dengan tepat suatu alkali yang mempunyai isipadu tertentu dengan bantuan sesuatu penunjuk yang sesuai . Penunjuk(seperti fenolftalein atau metil jingga) berubah warna sebaik sahaja kuantiti asid yang ditambak secukup-cukupnya sahaja meneutralkan kuantiti asid yang digunakan. Pentitratan dihentikan sebaik sahaja warna penunjuk berubahititu apabila takat akhir tercapai.
Contoh pentitratan untuk menentukan kepekatan Asid Sulfik cair.
25.0 cm3 larutan natrium hidroksida 0.4 mol dm3 dipipetkan ke dalam kelalang kon 250 cm3. Dua titik larutan fenolftelin ditambahkan ke dalam kelalang kon itu. Warna larutan menjadi merah jambu. Sebuah buret yang diapitkan pada kaki retort diisikan dengan asid sufurik cair. Bacaan awal buret dicatatkan.
Dengan cermat, asid sulfurik cair daripada buret dialirkan sedikit demi sedikit ke dalam kelalang kon sambil mengoncangkannya. Apabila warna merah jambularutan dalam kon menjadi semakin pudar, asid sufurik cair dialirkanperlahan-lahan. Setiap kali asid sulfurik dialirkan, kelalang kon digoncangkan. Pentitrattan dihentikan sebaik sahaja larutan dalam kelalang menjadi tidak berwarna, iaitu apabila takat akhir tercapai. Bacaan akhir buret direkodkan.
Pentitratan di atas diulangi dua kali untuk mendapat keputusan yang jitu.
Keputusan ( Contoh )
Nombor pentitratan 1 2 3
Bacaan akhir buret ( cm3 ) 20.50 41.05 20.45
Bacaan awar buret ( cm3 ) 0.50 21.00 0.50
Isipadu asid sulfurik cair yang digunakan ( cm3 ) 20.00 20.05 19.95
Purata isipadu asid sulfurik cair yang diperlukan = 20.00 + 20.05 + 19.95
3
= 20.00 cm 3
Perhitungan:
Bilangan mol natrium hidroksida yang digunakan = mv
1000
= 0.4 x 25.0
1000
= 0.01 mol
Persamaan tindak balas peneutralan :
2NaOH = H2SO4 -----> Na2SO4 + 2H2SO4
Daripada persamaan ,2 mol natriun hidroksida memerlukan 1 mol asid sulfurik untuk penuetralan.
Oleh itu bilangan mol asid sulfurik yang diperlukan = 0.01 x 1 = 0.005 mol
2
Kepekatan asid sulfurik cair yang digunakan = Bilangan mol H2SO4
Isipadu H2SO4(dm3)
= 0.005 x 1000 = 0.25 mol dam-3
20.00

PENYEDIAAN LARUTAN-LARUTAN DALAM MAKMAL BIOLOGI


-->

MENYEDIAKAN LARUTAN - LARUTAN BIASA DALAM MAKMAL BIOLOGI

1. LARUTAN BENEDICT
CARA MENYEDIAKANYA :
Larutkan 174g Natrium Sitrat, 100g Natrium Karbonat dan 17.3 g Kuprum  Sulfat dalam air suling menjadikannya 1 liter. 

KEGUNAANNYA: Menguji kehadiran gula penurun- jika ada apabila campuran itu dipanaskan, ia akan menghasilkan mendakan merah bata.

2. LARUTAN BIKARBONAT
CARA MENYEDIAKAN :
Campurkan 0.2g  Timol Biru, dan 0.1g Kresol Merah dalam 20 cm3 Etanol. Kemudian tambah 0.84 g Natrium Hidrogen Karbonat dan 900 cm 3 air suling, kemudian alirkan udara melaluinya selama beberapa jam. Bila hendak digunakan cairkan 10 x dengan air suling.

3. LARUTAN PENUNJUK UMUM.
CARA MENYEDIAKAN
Larutkan 0.26g Bromotimol Biru, 0.025g Timol Biru, 0.0625 g Metil Merah dan 0.5 Fenoftalin dalam 500 cm3 Etanol. Tambah air suling supaya menjadi 1 liter.

4. BAHAN UJI MILLON'S ( Labelkan simbol RACUN)
CARA MENYEDIAKAN
Penyediaan bahan uji Millon's mestilah dijalankan dalam akmari kebuk wasap sahaja. Mula-mula ambil sebuah bikar bersaiz 500 cm3 dan isi dengan 100 cm3 Merkuri.(AWAS). Dengan teliti campurkan 90 cm3 Asid Nitrik Pekat. Suatu tindak balas berhenti. Cairkan larutan tersebut dengan air suling mengikut keperluan masing-masing. 

5. LARUTAN RINGER:
Untuk mengawetkan tisu-tisu haiwan
Ujikaji-ujikaji tertentu,khasnya ujikaji fisiologi, memerlukan tisu-tisu haiwan direndamkan dalam larutan Ringer supaya tisu itu tidak cepat mati. Sebenarnya larutan Ringer ialah larutan yang isotonik dengan bendalir sel dalam tisu itu. Kandungan larutan Ringer bagi haiwan-haiwan yang berlainan adalah berbeza-beza. Untuk menyediakan larutan Ringer, anda hanya perlu larutkan bahan-bahan kimia yang berikut dalam air suling menjadi tepat 1 dm3.
a) Untuk Tisu Mamalia:

Natrium Klorida 8.0g
Kalsium Klorida 6H20 0.2g
Natrium Hidrogen Karbonat 1.0g
Kalium Klorida 0.2g
Magnesium Klorida 6H20 0.1g
Natrium Dihidrogen Fosfat 0.05g
b) Untuk Tisu Amfibia
Natrium Klorida 0.5g
Natrium Klorida 6H20 0.12g
Kalium Klorida 0.14g
Natrium Hidrogen Karbonat 0.20g
c) Untuk Embrio Ayam
Natrium Klorida 7.0g
Kalsium Klorida 6H2O 0.24g
Kalium Klorida 0.42g
d) Untuk Serangga
Natrium Klorida 7.6g
Kalsium Klorida 6H2O 0.22g
Kalium Klorida 0.75g
Magnesium Klorida 6H2O 0.19g
Natrium Dihidrogen Karbonat 0.37g
Natrium Dihidrogen Fosfat 0.48g
e) Untuk Cacing
Natrium Klorida 0.0g
Kalsium Klorida 6H2O 0.2g
Kalium Klorida 0.12g
Natrium Hidrogen Karbonat 0.1g

PENYEDIAAN LARUTAN DAN PEWARNA


-->



PENYEDIAAN REAGEN YANG MUDAH DAN PENYEDIAAN
PEWARNA BIASA BAGI BIOLOGI

11. LARUTAN IODIN
CARA MEMBUATNYA: larutkan 20 g pepejal Kalium Iodida dalam 1 liter air suling . Masukkan 12.7 g pepejal Iodin dan kacau hingga larut. Jika terlalu, cair dengan air suling mengikut keperluan.
KEGUNAANNYA:
a. Menguji kehadiran kanji - jika ada kanji warnanya bertukar ke biru kehitaman.
B. Mengenal tisu berkayu -- jika ada tisu berkayu warnanya kuning pekat.
C. Mengenal tisu tidak berkayu - jika ada tisu tidak berkayu warnanya kuning pucat.
1.2 LARUTAN ASETIK ORCEIN
CARA MEMBUAT: Pepejal Orcein boleh dilarutkan dalam Asid Asetik lalu menghasilkan larutan Asetik Orcein. Masukkan 45 cm3 asid asitik tulin ke dalam sebuah kelalang yang mempunyai kondenser refluks, campurkan 55 cm3 air suling ke dalamnya. Masukkan 3 gm pepejal Orcein dan simpan dalam almari kebuk wasap. Jika menggunakan kondenser refluks, tak payah menyimpan kelalang dalam almari kebuk wasap. Selepas beberapa jam, masukkan manik-manik kaca dan didihkan kelalang perlahan -lahan selama 2 jam. ( jika ada kondenser reflux, didihkan selama 1 jam) Sejukkan dan kemudian turaskan. Bila perlu, campurkan 10 cm3 larutan simpanan itu dengan 12 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA.
A. Untuk mengenal bahagian kromosom yang akan berwarna merah.
1.3 LARUTAN METILENA BIRU
CARA MENYEDIAKANNYA: campurkan 1 g Metilena Biru dan 0.6 g Natrium Klorida dalam 100 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA;
a. Untuk mengenal nuklius dalam sel.
1.4. LARUTAN EOSIN
CARA MENYEDIAKANNYA: larutkan 0.5g Eosin dalam 100 cm3 air suling.
KEGUNAANNYA: sebagai pewarna dalam air untuk mengesan pergerakan air dalam xilem.
1.6 LARUTAN SAFRANIN
CARA MEMBUATNYA: Larutkan 1 g Safranin dalam 100 cm3 Etanol 50 % . rendamkan tisu yang hendak diwarnakan itu ke dalamnya selama 1/2 jam. Keluarkan dan basuh dengan air suling dan sediakan larutan Asetik - Etanol dengan cara mencampurkan 1 cm3 Asid Asetik dengan 99 cm3 Etanol 70% . Selepas tisu dibasuh dengan air suling, rendam pula ke dalam larutan Asetik - Etanol untuk menanggalkan Safranin.
KEGUNAANNYA:
a. Mewarnakan bahagian tumbuhan di mana nuklius, lignin dan kutikal menjadi merah.
1.7 LARUTAN LAC TOPHENOL - COTTON BLUE
Cara membuatnya: Campurkan hablur Fenol 20 g, Asid Laktik 20 gm , Gliserol 40g, cotton blue (Metil Biru) 0.05 g dan air suling 20 cm3. Rendam tisu kulat dalam larutan itu selama 5 minit. Basuhkan dengan air untuk menamggalkan pewarna yang berlebihan. Periksa di bawah mikroskop.
KEGUNAANNYA:
a. Untuk mewarnakan kulat.
1.8 LARUTAN LEISHMAN
CARA MEMBUATNYA: Hancurkan 0.2g serbuk pewarna Leisman dalam 10 cm3
Metanol 100% dalam sebuah lesung . Tambahkan Metanol sedikit demi sedikit sehingga menjadi 100 cm3 dan betul-betul larut.
Kemudian terus dan disimpan di dalam botol yang tertutup rapi.Kemudian sediakan larutan tampan Ph 6.8 dengan kaedah berikut;
i. Larutkan 9.1g Kalium Dihidrogen Fosfat menjadi 1 liter.
Ii. Larutkan 9.5 g Dinitarium Hiderogen Fosfat menjadi 1 liter.
Iii. Campurkan 50.8 cm3 larutan (i) dan 49.2 cm 3 larutan (ii)
Kemudian rendamkan lapisan darah tersebut dengan pewarna Leishman selama satu hingga satu setengah jam. Tambahkan sama banyak fosfat tampan pH 6.8. Tiupkan dengan mulut supaya pewarna bergaul dengan larutan tampan. Biarkan selama 10 minit. Basuh dengan aliran air yang perlahan . Rendam dalam larutan tampan selama 30 saat atau lebih. Keliarkan sisip dan biarkan kering dalam udara.

MAKMAL SAINS


Ini makmal kbsm.Makmal ini terletak nun di belakang sekolah.Makmal ini di bina pada tahun 1990.Hampir 20 tahun rupanya.Dari Pn.Robiah yang menjaganya sehingga sekarang diambil alih oleh Noraini dan Pn.Faziha.Makmal ini dibina untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2. Seronok bertugas di makmal kbsm ni.Makmal ini dibuka untuk sessi pembelajaran sessi petang.Tetapi sessi pagi juga dibuka untuk pelajar RK.

PENYEDIAAN BAHAN UJI

PENYEDIAAN BAHAN UJI

1. Asid Hidroklorik cair (2M)
Larutkan 170cm3 Asid Hidroklorik pekat dalam 1 dm3 larutan.

2. Asid Sulfurik cair (1M)
Larutkan 56cm3 Asid Sulfurik pekat dalam 1 dm3 larutan.

3. Asid Nitrik cair (1M)
Larutkan 130cm3 Asid Nitrik pekat dalam 1 dm3 larutan.

4. Natrium Hidroksida cair 2M.
Larutkan 80 gm pepejal Natrium Hidroksida dalam 1 dm3 larutan.

5. Kalium Hidroksida cair 2 M.
Larutkan 112 gm pepejal Kalium Hidroksida dalam 1 dm3 larutan.

6. Larutan Ammonia cair (2M)
Larutkan 135 cm3 Ammonia pekat dalam 1 dm3 larutan.

7. Larutan Kalsium Hidroksida (Air Kapur).
Biarkan pepejal Kalsium Hidroksida, Ca(OH)2, bersentuh dengan air dalam satu takungan
besar tertutup untuk beberapa jam. Turaskan larutan tepu yang jernih dan gunakan
larutan ini sebagai air kapur.

8. Asid Etanoik (0.1 M)
Larutkan 6cm3 Asid Etanoik glasial dalam 1 dm3 larutan.

9. Larutan Natrium Karbonat (0.5M)
Larutkan 53 gm pepejal Natrium Karbonat kontang dalam 1 dm3 larutan.

10. Larutan Argentum Nitrat (0.1M)
Larutkan 17gm pepejal Argentum Nitrat dalam 1 dm3 larutan.

PERATURAN MAKMAL

PANDUAN MAKMAL SAINS SEKOLAH

Peraturan ini hendaklah ditampal pada setiap makmal - Tampalkan pada kertas tebal dan balut dengan plastik cerah .

PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR
a) Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun dibenarkan
masuk tanpa kebenaran guru.
B. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh dibawa keluar
tanpa kebenaran guru.
C. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanaya boleh digunakan atas arahan dan
panduan guru.
D. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah
dikembalikan ke tempat asalnya.
E. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
F. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.
G. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera
kepada guru atau pun kakitangan makmal.
H. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal.
I. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa
kebenaran guru.
J. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah
bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.
K. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.
L. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum
dibuang ke dalam tong sampah.
M. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh
dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan.
N. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
O. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
P. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.
Q. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.
R. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

A. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan bahawa bahan kimia
yang akan digunakan itu betul.
B. Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit
bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah
mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan kimia.
C. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari tangan.
D. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah
diambil bahannya.
E. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba merasa sebarang
bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.

AMARAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.

MAKMALKU SAYANG..

MAKMALKU SAYANG..

Bilangan Pelawat

May Allah Bless You...

May Allah Bless You...

Salam Sejahtera

Salam Sejahtera

Mulakan Dgn Al-Fatihah

Mulakan Dgn Al-Fatihah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Pelangi Islam -Cinta ALLAH

Pelangi Islam -Cinta ALLAH

Rama-rama

Rama-rama

erk.. Gayatnya...Tinggi.. naik cabel car..

erk.. Gayatnya...Tinggi.. naik cabel car..

Happy...

Happy...

Disini Lahirnya sebuah Cinta

Disini Lahirnya sebuah Cinta

STAFF MAKMAL SMKDS

STAFF MAKMAL SMKDS

Pembantu Makmal

Pembantu Makmal

Syahdu....

Kata-kata

COURTESY IS OUR POLICY....
ALWAYS THINK POSITIVE....

SOLAT TIANG AGAMA

YUK SHOLAT

YUK SHOLAT

Bunga Kebangsaan Negara Bunga Raya...

Bunga Kebangsaan Negara Bunga Raya...

VISI SEKOLAH

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG.

MISI SEKOLAH

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

Kata Wawasan

SAINS MEMBENTUK WAWASAN NEGARA.
MAJU SAINS MAJU NEGARA.

Cantiknya ciptaan ALLAH

Cantiknya ciptaan ALLAH

RENUNGAN

Sesungguhnya ALLAH S.W.T menyukai seseorang yang membuat pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.....

Penulis Blog ini...

Penulis Blog ini...
Senyum selalu..

GUYUP

GUYUP

Tumbuhan berduri..tapi cantik.

Tumbuhan berduri..tapi cantik.

Agry Bird Blue

Agry Bird Blue

Followers

Santai...Lebah & Bunga...

Santai...Lebah & Bunga...

Kata-kata hikmah

Sempurnakanlah tugas kamu dengan tekun,amanah,bijaksana,ikhlas dan berdisiplin nescaya kamu akan mendapat keredaan ALLAH S.W.T dan menjadi satu umat yang kuat.....

SINOPSIS BLOG

Blog ini saya buat untuk memberikan maklumat berkenaan bidang sains kepada rakan-rakan dan aktiviti makmal SMK.Dato'Sulaiman.

Kata Semangat..

JATI DIRI PENGGERAK WAWASAN NEGARA.

Agry bird real

Agry bird real

Blog Kakitangan Makmal SMKDS

Didalam blog ini mengandungi terdapat pelbagai ilmu-ilmu sains yang melibatkan kerja-kerja sebagai pembantu makmal sains sekolah.Terdapat juga foto-foto rakan sekerja yang sama-sama bekerjasama dalam apa jua aktiviti yang dijalankan disekolah ini.Kenangan bersama rakan seperjuangan yang telah bersara dan juga bertukar ke sekolah lain.Semuanya kami abadikan kenangan ini dalam lipatan memori di blog ini untuk tatapan rakan-rakan semua...Terima kasih atas kerjasama anda semua.